Connect with us

Semasa

Tersebar Rakaman Lelaki Larikan Velfire. Tak Lama Kemudian, Suspek M4ut DigiIis Selepas Curi Motosikal

Published

on

Seorang suspek kes pecah rumah m4ut selepas digiIis beberapa kenderaan di KM295.8 Lebuhraya Utara Selatan arah selatan berdekatan susur keluar Tol Gopeng, awal pagi tadi.

Menurut Ketua Polis Daerah Kampar, Superintendan Hasron Nazri Hashim, siasatan awal mendapati kmlangan kira-kira jam 3.35 pagi itu apabila mngsa yang menunggang motosikal jenis Demak dipercayai terbabas sendiri sebelum terjatuh di atas jalan.

Hasron berkata, mngsa seorang lelaki berusia 40 tahun itu kemudiannya digiIis sebuah kereta Perodua Myvi dan beberapa kenderaan lain yang tidak dikenal pasti.

” Mngsa m4ut di tempat kejadian kerana diseret sejauh lebih kurang 200 meter dari tempat kejadian manakala motosikal mngsa dijumpai di lorong kecemasan lebih kurang 1,000 meter dari tempat kejadian.

” Manakala pemandu dan lima penumpang Myvi tersebut tidak mengalami sebarang keced3raan,” katanya dalam kenyataan media hari ini.

Tambah Hasron lagi, mngsa beralamat di Jalan Kemaman, Kampung Meraga Beris, Kijal, Terengganu itu mengalami keced3raan di seluruh anggota badan manakala motosikal turut mengalami kerosakan.

Difahamkan anggota bomba mengambil masa 2 jam untuk mengutip cebisan daging mngsa.

Sementara itu, beliau berkata, mngsa merupakan suspek yang masih bebas bagi kes pecah rumah di Alor Setar dan Kuala Kedah selain turut dikehendaki bagi siasatan kes mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana merosakkan pagar Masjid Kubang Siam yang berlaku semalam.

Katanya, hasil semakan turut mendapati motosikal ditunggang mngsa dicuri di sebuah lokasi di Alor Janggus, Alor Setar, Kedah.

Beliau berkata, kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 dan siasatan lanjut masih diteruskan.

Maklumat hebahan tentang suspek

Sementara itu menerusi perkongsian di laman Facebook, Kongsi Segala Info turut memuatnaik hebahan berkenaan operasi dan maklumat tentang suspek.

” Sekiranya terserempak dengan m/kar jenis *TOYOTA VELLFIRE* warna *HITAM* no pendaftaran *BLP1199* atau *BLD19* atau mana mana no pendaftaran hampir menyamai kedua dua no pendaftaran tersebut, dinaikki oleh suspek 2/L dipercayai berbangsa Cina, minta untuk tahan dan jalankan pemeriksaan secara berhemah. (Semakan no pendaftaran dapati palsu)

” Suspek dan kenderaan dipercayai terlibat dalam (2) kejadian pecah rumah bertarikh 11 dan 12 Oktober 2020 bersangkut Alor Setar 19713/2020 & Kuala Kedah 2665/2020.

” Modus Operandi suspek: melakukan jnayah pecah rumah di kawasan perumahan elit (kediaman cina) dengan menaikki kenderaan yang dinyatakan.

” Bergiat aktif pada sebelah pagi setelah pemilik rumah keluar dan selewatnya 9 malam. (berdasarkan laporan pengadu)

” Jika terkesan kenderaan suspek,minta tahan dan jalankan tangkapan dan terus berhubung dengan ASP Noor Hazlie Setar 34 atau Insp Fadli Setar 30 untuk tindakan lanjut.

Sinarharian

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending

Copyright © 2017 Zox News Theme. Theme by MVP Themes, powered by WordPress.