Connect with us

Semasa

Umum Lanjut Perintah Kawalan Pergerakan, Tapi Titipan Doa PM Paling Mencuri Tumpuan

Published

on

Sebentar tadi semua mata tertumpu kepada ucapan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang muncul di kaca TV bagi mengumumkan pelanjutan perintah kawalan pergerakan sehingga 14 April 2020.

Perintah itu yang berlangsung sejak 18 Mac lalu dijangka tamat hujung bulan ini namun terpaksa dilanjutkan berdasarkan keadaan semasa.

Antara lain petikan ucapan perdana menteri adalah penghargaan kepada barisan depan khususnya para doktor, jururawat dan kakitangan hospital yang amat keletihan pada masa ini.

Sambil mendoakan agar mereka terus cekal, katanya, beliau telah mengarahkan Kementerian Kesihatan supaya memberikan sedikit masa untuk petugas-petugas kesihatan untuk mengambil cuti rehat secara berperingkat sebelum mereka kembali bertugas semula.

” Sementara itu, tenaga sukarela dari kalangan doktor dan jururawat swasta dan badan-badan sukarela akan digerakkan untuk mengambil alih tugas mereka buat sementara waktu.

” Begitu juga kepada anggota polis dan tentera yang bertugas di lapangan. Jaga kesihatan anda dan terus cekal berkhidmat untuk negara.

” Kita telah berikhtiar sedaya upaya kita untuk menangani krisis yang sedang kita hadapi ini. Jangan kita lupa, penentu kejayaan kita ialah Tuhan Yang Maha Kuasa.

” Justeru, saya ingin mengajak saudara-saudari sekalian manadah tangan memanjatkan doa ke hadrat Allah SWT agar diri kita, keluarga kita, negara kita dan seluruh umat manusia dilindungi oleh-Nya.

” Kepada penganut agama bukan Islam, saudara-saudari bertafakkur dan berdoalah mengikut ajaran agama masing-masing,” katanya Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Titipan doa PM menyentuh hati

Di akhir ucapan beliau, paling menyentuh hati adalah apabila perdana menteri turut berdoa secara live mendoakan agar wab4k Covld-l9 ini segera berakhir.

Dimulakan dengan bacaan Al-Fatihah, PM mendoakan supaya dosa seluruh umat Islam diampuni dan memohon perlindungan dari segala mus1bah meng4ncam ny4wa.

Engkau ampunilah dosa-doa kami
Engkau rahmatilah diri kami, keluarga kami dan negara kami
Engkau lindungilah hamba-hamba Mu yang kerdil ini dari segala mus1bah
Engkau jauhilah diri kami dari penyakit yang merbahaya dan wab4k yang meng4ncam ny4wa. Engkau hindarilah kami dari bala yang berat dan takdir yang buruk

Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim

Engkau berilah kekuatan, kecekalan dan kesabaran kepada kami untuk menghadapi dugaan-Mu yang berat ini
Engkau tiupkanlah ketenangan dalam jiwa kami

Sesungguhnya setiap dugaan yang Engkau turunkan kepada kami Ya Allah tiadalah ia melainkan untuk meningkatkan ketaqwaan dan keimanan kami kepada Mu

Ya Allah Ya Rahman Ya Syaafi

Engkau berilah kesembuhan kepada saudara-saudara kami yang dijangkiti wab4k Cor0navirvs walau di mana sahaja mereka berada
Sesungguhnya tiada penyakit yang tidak dapat Engkau sembuhkan Ya Allah

Tiada mara bahaya yang tidak dapat Engkau jauhinya dari kami Ya Allah

Kami bermohon kepada-Mu Ya Allah Lindungilah kami
Selamatkanlah kami, sejahterakanlah hidup kami

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending

Copyright © 2017 Zox News Theme. Theme by MVP Themes, powered by WordPress.