Semasa
Budak SekoIah ‘Tong-Tong’ Duit Sikit Sorang Sewa BangIo Untuk Parti-Liar. Ketika Serbuan Ini PoIis Jumpa


Seramai 22 individu termasuk enam remaja bawah umur ditahan selepas didapati menyertai parti-Liar di sebuah banglo tiga tingkat di Batu Feringghi di sini, pada Khamis lalu.
Serbuan jam 1.40 pagi itu membawa kepada tangkapan 14 lelaki tempatan dan lapan wanita tempatan berusia 16 hingga 21 tahun.
Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Soffian Santong berkata, daripada jumlah tersebut, enam daripada mereka merupakan remaja bawah umur termasuk seorang yang masih bersekolah.
Kata beliau, siasatan awal mendapati parti-Liar itu dianjurkan lelaki tempatan berusia 19 tahun yang menyewa banglo berkenaan dengan kadar RM1,000 sehari.
Budak perempuan tak payah bayar
” Setiap pengunjung yang hadir ke parti-Liar itu dijemput menerusi kumpulan WhatsApp dan mereka perlu membayar wang antara RM80 hingga RM100 bagi menyertai pesta tersebut.
” Kita juga dapati lapan perempuan yang sertai parti-Liar ini juga tidak dikenakan sebarang bayaran kerana ia dilunaskan oleh peserta lelaki.
” Mereka yang ditahan terdiri daripada pelbagai latar belakang pekerjaan dan setakat ini mereka mengakui ia adalah kali pertama parti-Liar itu dianjurkan namun kita percaya sudah ada sebelum ini,” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut, di sini, hari ini.
Menurut Soffian, dalam serbuan itu, polis merampas dua paket da-dah jenis ketam1n bernilai RM150 serta tiga biji pil ekstasi bernilai RM45.
” Hasil saringan air kencing ke atas 22 individu berkenaan juga mendapati enam lelaki didapati positif da-dah jenis meth4mphetam1ne.
” Kesemua direman selama enam hari sehingga esok,” katanya.
Mengulas lanjut Soffian berkata, kira-kira jam 2.30 petang hari yang sama, kesemua mereka diserah kepada Unit Agama dan Kaunselling Bahagian Integriti dan Pematuhan Standard IPD Timur Laut bagi sesi kaunseling dan ceramah.
” Hadir sama ialah penjaga dan waris terdekat kesemua tangkapan.
” Polis memandang serius terhadap aktiviti parti-Liar yang turut membabitkan penyalahgunaan da-dah dan seterusnya mendorong kepada aktiviti tidak bermoral,” kata Soffian.
Sumber:malaysiagazette
-
Semasa3 years ago
Sanggup Datang Dari Jauh, Luahan Jutawan Azlan Al-Amin Datang Bayar Denda Adik Nursahira
-
Semasa3 years ago
Tak Berguna Satu Sen Pun Kepada Umat, Lebih Kamu M4ti Dari Nyusahkan Orang – Ust Ahmad Husam
-
Semasa3 years ago
Ibu Kerja Tukang Cuci Dan Tinggal di Flat Ketika Zaman Kecil, Kisah Tentang Dr Noor Hisham Mula Didedahkan
-
Semasa3 years ago
Sudah Sembilan Positif, Di Istana Hanya Tinggal Saya Sekeluarga Dan Tiga Pembantu – Tunku Azizah
-
Viral3 years ago
Demi Beg Sekolah Percuma, Ibu Sanggup Redah Naik Motor Buruk Sambil Bawa Tiga Anak Kecil
-
Semasa3 years ago
Akan Dibawa Masuk Secepat Mungkin, KKM Sahkan Sudah Ada Ubat Untuk Rawatan COVlD-19
-
Semasa3 years ago
“Ketika Jururawat Sedikit Membongkok, Saya Terpandang Sesuatu”. Jemaah Tabligh Mula Buka Cerita
-
Semasa3 years ago
Mahu Lawan COVlD-l9, Bekas Jururawat Kembali Dari Pencen Untuk Curahkan Bakti