Connect with us

Semasa

Tragedi Tiga Sahabat Maut Lemas Dalam Kereta, Ibu Saudara Tampil Ceritakan Detik Akhir Sebelum Kejadian

Published

on

Susulan tiga sahabat meninggI dnia akibat lemas dalam kereta selepas mengalami keracunan gas karbon monoksida, ibu saudara kepada Sharifah Fariesha Syed Fathi, 21, telah tampil menceritakan bagaimana kejadian berlaku.

” Mereka berempat memang kawan baik dan merancang ke Pulau Jerejak untuk menghabiskan waktu ketika cuti umum, namun tidak sangka perkara ini berlaku,” kata Nor Jamilah Ahmad, 30-an,

Sharifah Fariesha dan rakannya, Ayuni Shazwanie Shabri, 21, disahkan meninggI dnia akibat keracunan karbon monoksida.

Dua lagi rakan mereka, Nor Adilah Mohd Safwan dan kembarnya, Nor Aqilah, 21, masing-masing kritikal dan dirawat di Hospital Angkatan Tentera Lumut, Perak dan Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan Zainal Abidin, Kuala Lumpur.

Bagaimanapun malam tadi, Nor Adilah Mohd Safwan turut meninggI dnia menjadikan tiga orang maut dalam kejadian itu.

Keempat-empatnya keracunan karbon monoksida ketika berehat dalam kenderaan pelbagai guna (MPV) di sebuah stesen minyak di Samagagah, Lebuhraya PLUS arah utara di Permatang Pauh dekat sini, jam 1 pagi semalam.

Ketika kejadian, keempat-empatnya dalam perjalanan pulang dan berehat di stesen minyak itu untuk seketika.

Nor Jamilah berkata, dia dimaklumkan oleh ibu Sharifah Fariesha yang mengatakan anak saudaranya itu pergi ke Pulau Jerejak bersama tiga rakan baiknya.

Tidak balas panggilan dan pesanan Whatsapp

” Ibu Sharifah Fariesha menghubungi saya memberitahu yang anaknya itu tidak pulang lagi, termasuk tidak membalas kiriman aplikasi WhatsApp dan menjawab panggilan telefon.

” Selepas itu, ibunya menghubungi tunang Sharifah Fariesha dan terkejut apabila dimaklumkan yang Sharifah Fariesha ditemui tidak sedarkan diri bersama tiga rakannya dan keempat-empatnya sudah dibawa ke hospital.

” Apabila tiba di hospital, saya dimaklumkan yang Sharifah Fariesha sudah tiada. Ia begitu mengejutkan, Sharifah Fariesha adalah satu-satunya anak kepada kakak saya,” katanya ditemui di Hospital Seberang Jaya (HSJ) di sini.

Nor Adilah (kanan) yang meninggI dnia dan manakala Nor Aqilah (dua dari kiri) masih dirawat di hospital.

Nor Jamilah berkata, dia difahamkan, Nor Aqilah yang memandu MPV berkenaan mengalami sakit kepala dan memberhentikan kenderaan itu untuk berehat serta membeli makanan.

Pening dan muntah

” Seorang daripada bapa mereka memaklumkan, dia keluar mencari anaknya kerana tidak sedap hati sebaik anaknya memaklumkan, Nor Aqilah pening kepala dan muntah.

” Hanya Nor Aqilah sahaja yang tahu memandu manakala Ayuni Shazwanie yang mempunyai lesen memandu tidak berani kerana bukan keretanya.

” Kerana itu mereka berhenti dan berehat sementara menunggu keadaan Nor Aqilah pulih,” katanya.

Menurut Nor Jamaliah, dia sangat rapat dengan Sharifah Fariesha malah mereka kerap berhubung melalui panggilan video.

” Malam sebelum kejadian, kami berbual melalui panggilan video dan Sharifah Fariesha memaklumkan perancangannya untuk bercuti dengan rakan-rakan baiknya.

” Walaupun sedih, saya reda dengan pemergian Sharifah Fariesha,” katanya..

Kebocoran pada ekzos kenderaan pelbagai guna (MPV) disyaki menjadi punca kejadian empat sekawan mengalami keracunan gas karbon monoksida sehingga menyebabkan tiga daripadanya meninggI dnia manakala seorang lagi dirawat.

Kejadian berlaku di kawasan parkir stesen minyak di Samagagah di Lebuhraya PLUS arah utara, jam 1 pagi hari ini.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah Asisten Komisioner Shafee Abd Samad berkata, pemeriksaan terhadap MPV itu dilakukan oleh juruteknik syarikat pengeluar kenderaan berkenaan.

” Hasil pemeriksaan dilakukan, juruteknik itu syak berlaku kebocoran pada ekzos MPV berkenaan.

” Ini kerana, ketika pemeriksaan, ekzos itu mengeluarkan bunyi dan bau asap yang sangat kuat.

” Kebocoran itu menyebabkan asap disedut masuk ke dalam ruang MPV berkenaan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Bagaimanapun, menurut beliau, siasatan lanjut akan dijalankan bagi mengenal pasti punca sebenar kejadian.

Hmetro

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending

Copyright © 2017 Zox News Theme. Theme by MVP Themes, powered by WordPress.