Uncategorized
Mayat Seorang Makcik Hilang 3 Hari Ditemukan Dlm Perut UIar Sawa. Penduduk Dedah Lokasi Kejadian


Seorang wanita yang dilaporkan hilang oleh penduduk kampung ditemukan tidak bernyawa di dalam perut seekor ular sawa sepanjang enam meter di Tanjung Jabung Barat, Jambi, Indonesia.
Wanita itu yang dikenali sebagai Zahara, 52, dilaporkan hilang sejak kelmarin, menyebabkan penduduk setempat melakukan operasi pencarian di pelbagai kawasan termasuk hutan berhampiran.
Disangka telan kambing
Menurut seorang penduduk kampung, ketika operasi pencarian dilakukan, mereka menemukan seekor ular sawa yang ‘kekenyangan’ dan pada mulanya hanya menyangka haiwan itu mungkin menelan kambing.
” Kerana curiga dengan perut ular yang besar, penduduk kampung membelah ular sawa itu dan kami terkejut apabila menemukan Zahara.
” Kami tidak menyangka wanita itu hilang kerana ditelan ular sawa,” kata penduduk yang dikenali sebagai Birin.
Penduduk setempat memaklumkan, mangsa bekerja sebagai penoreh getah dan kejadian itu dipercayai berlaku ketika dia keluar menoreh pada awal pagi.
Insiden itu kemudiannya dilaporkan kepada pihak berkuasa dan jnazah Zahara dikebvmikan oleh keluarganya.
Kompas melaporkan, kira-kira 300 penduduk mencari Zahara di kebun getah berkenaan.
Tetapi, pada mulanya, penduduk tidak menemui sebarang kesan untuk menunjukkan lokasi wanita berkenaan.
Keesokan paginya iaitu kira-kira 9 pagi semalam, penduduk menemui seekor ular sepanjang enam meter.
” Ular itu berjaya ditangkap dan kemudian dibunvh penduduk. Mengesyaki perut (haiwan itu) besar, ia dibedah. Di (dalamnya), kami menemui mayat Zahara,” kata Birin.
Beliau berkata, keadaan penduduk kampung kini tegang.
Puncanya, ular yang ditangkap oleh penduduk adalah betina.
” Ular ini adalah betina kerana bentuknya yang pendek tapi besar.
” Seminggu lalu, ada penduduk yang menangkap ular yang lebih panjang iaitu kira-kira lapan meter tetapi ia terlepas kerana (saiznya yang) besar. kata Birin.
Kini, penduduk kampung risau untuk berada di kawasan hutan kerana dipercayai ada ular yang lebih besar.
Penduduk percaya ular besar itu juga menelan dua ekor kambing milik penduduk.
Sumber:hmetr0 dan utusan
-
Semasa3 years ago
Sanggup Datang Dari Jauh, Luahan Jutawan Azlan Al-Amin Datang Bayar Denda Adik Nursahira
-
Semasa3 years ago
Tak Berguna Satu Sen Pun Kepada Umat, Lebih Kamu M4ti Dari Nyusahkan Orang – Ust Ahmad Husam
-
Semasa3 years ago
Ibu Kerja Tukang Cuci Dan Tinggal di Flat Ketika Zaman Kecil, Kisah Tentang Dr Noor Hisham Mula Didedahkan
-
Semasa3 years ago
Sudah Sembilan Positif, Di Istana Hanya Tinggal Saya Sekeluarga Dan Tiga Pembantu – Tunku Azizah
-
Viral3 years ago
Demi Beg Sekolah Percuma, Ibu Sanggup Redah Naik Motor Buruk Sambil Bawa Tiga Anak Kecil
-
Semasa3 years ago
Akan Dibawa Masuk Secepat Mungkin, KKM Sahkan Sudah Ada Ubat Untuk Rawatan COVlD-19
-
Semasa3 years ago
“Ketika Jururawat Sedikit Membongkok, Saya Terpandang Sesuatu”. Jemaah Tabligh Mula Buka Cerita
-
Semasa3 years ago
Mahu Lawan COVlD-l9, Bekas Jururawat Kembali Dari Pencen Untuk Curahkan Bakti