Connect with us

Semasa

Umat Islam Wajib Boikot Makhluk Yang Tak Reti Malu Ini – Ustaz Dusuki Pula Sound Sajat

Published

on

Susulan gambar menjoIok mata dan aksi berbik1ni, usahawan Nur Sajat teruk dikecam bukan sahaja oleh orang ramai malah beberapa orang ustaz dan pendakwah.

Seorang ulama kanan PAS telah menggesa agar umat Islam wajib memb0ikot sesiapa saja yang disifatkan sebagai “makhluk tidak reti malu” terhadap peraturan Allah.

Tanpa menamakan sesiapa, Anggota Jawatankuasa Ulama Pusat PAS, Ahmad Dusuki Abd Rani, berkata tiada ruang perasaan belas wajar diberikan kepada pelaku maks1at, kecuali individu terbabit bertaubat kepada Tuhan.

” Umat Islam wajib memb0ikot makhluk yang tak reti malu terhadap Allah ini,” katanya dalam satu hantaran dimuat naik di media sosial hari ini.

” Belum cukup lagikah pengajaran demi pengajaran ditunjukkan Allah hingga perlu kepada makhluk sebegini tidak berhenti mengundang murka Allah kepada kita semua,” tambahnya lagi.

Gesa ambil tindakan segera

Mengiringi kenyataan tersebut ialah tangkap layar laporan mengenai Nur Sajat, yang disiarkan Harian Metro bertajuk ‘Maaf, saya tiada niat nak guris hati orang’ serta gesaan dua peserta program Pencetus Ummah (PU) memb0ikot usahawan kosmetik yang bernama asal Muhammad Sadjad Kamaruz Zaman itu.

Ahmad Dusuki juga menggesa agar tindakan segera diambil terhadap golongan lelaki yang mengubah fizikalnya menjadi wanita seperti Nur Sajat.

” Saya pohon pihak berkuasa mengambil tindakan yang sepatutnya kepada golongan ini,” katanya.

Untuk rekod isu Nur Sajat turut membayangi kerajaan Pakatan Harapan (PH) sebelum ini apabila gabungan berkenaan dituduh cenderung menyokong golongan usahawan kosmetik (L G B T).

Menteri agama ketika itu, Dr Mujahid Yusof, adalah antara individu paling teruk dikec4m, termasuk dituduh menyokong gerakan lib3ral dan L G B T. PAS antara pihak paling lantang mengkritik kerajaan dalam isu berkenaan.

Selepas PH jatuh dan kerajaan Perikatan Nasional (PN) dibentuk, tugas menteri agama kini disandang oleh bekas mufti Wilayah Persekutuan, Dr Zulkifli Mohamad, manakala timbalannya ialah ahli parlimen PAS bagi kawasan Bachok, Kelantan, Ahmad Marzuk Shaary.

Semakan mendapati hantaran Ahmad Dusuki itu tersebut menerima 14,000 reaksi selain 1,000 komen serta lebih 2,500 kongsi.

Sebelum ini , PU Syed Bakri al-Yahya menggesa kerajaan PN, pemimpin PAS, menteri dan pegawai agama mengambil tindakan segera ke atas Nur Sajat yang dilihat semakin berani berpakaian bikini di media sosial.

Katanya, jika dulu kerajaan Pakatan Harapan didakwa mesra golongan L G B T, kini PN wajar dilihat benar-benar bertegas memerangi isu berkenaan.

Malaysiakini

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending

Copyright © 2017 Zox News Theme. Theme by MVP Themes, powered by WordPress.