Connect with us

Semasa

Vdeo Anaknya Dah Pun Tersebar, Sekali Datuk Seri Vida Beri Respon Tak Disangka, ‘Jadi Kes Polis Ke?’

Published

on

Belum reda berita tular membabitkan kanak-kanak bawah umur memandu kereta dan lori, timbul pula berita di mana pihak poIis menyiasat remaja bawah umur yang dikaitkan dengan anak jutawan kosmetik memandu kereta tanpa lesen.

Susulan itu, usahawan kosmetik tersohor, Datuk Seri Vida tampil memberi perjelasan mengenai vdeo yang sedang tular ketika ini.

Vida atau lebih mesra disapa DSV berkata, vdeo berkenaan adalah vdeo lama ketika dia menghadiahkan anak perempuannya Cik B sebuah kereta jenama Mercedes Benz.

” Itu vdeo lama sekitar tahun 2017 atau 2018.

” Cik B dapat hadiah kereta pada hari jadi dia,” katanya ketika dihubungi Gempak.

Ditanya mengenai laporan poIis yang dibuat susulan tindakan remaja tersebut memandu tanpa lesen, DSV menjelaskan dia tidak tahu mengenai hal tersebut.

” Jadi kes poIis ke? Saya tak tahu.

” Itu vdeo lama jadi saya harap orang tak sebarkan infomasi yang tidak betul,” katanya.

Terdahulu, vdeo berdurasi 33 saat itu kecoh di media sosial dan dipercayai dirakam di kawasan Meru Hills, Ipoh Perak.

Menerusi wajah remaja berkenaan, ada yang mendakwa individu berkenaan mirip Cik B atau nama sebenarnya Nur Edlynn Zamilleen Muhammad Amin.

Sementara itu, menerusi laporan Mstar, poIis kini sedang mengenal pasti identiti remaja perempuan di dalam vdeo berkenaan.

Ketua PoIis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner A Asmadi Abdul Aziz berkata, vdeo berkenaan memaparkan seorang remaja perempuan sedang memandu sebuah kereta, namun model dan nombor pendaftaran tidak dapat dikenal pasti.

Cik B bawa mama bersiar-siar

Bagaimanapun berdasarkan vdeo tersebut, warganet dapat mengenalpasti ia membabitkan anak Datuk Seri Vida berdasarkan perbualan mereka.

Malah dalam vdeo itu jelas kelihatan muka Cik B yang sedang memandu sambil dirakam ibunya itu.

” Bawak mama bersiar-siar Cik B..Cik B fokus (memandu), say something Cik B..Cik B nak tolong mama apa (lepas ni)?” tanya ibu remaja terbabit.

Kemudian dibalas oleh Cik B, ” Tolong mama berniaga, jadi bodyguard mama”, yang kemudian disambut gelak ketawa Datuk Seri Vida.

Cik B sebenarnya minta Mustang

Sebelum ini, sekitar Julai 2018, Datuk Seri Vida telah mencuri perhatian apabila menghadiahkan kereta mewah Mercedes-Benz CLA 180 kepada anak perempuannya Cik B.

Kereta mewah itu dihadiakannya sempena ulang tahun kelahiran Cik B atau nama sebenarnya Nur Edlynn Zamileen Muhammad Amin yang ke 13 tahun.

Menerusi akaun Instagram (IG) peribadi Vida, dia memuat naik vdeo rakaman Cik B memandu kereta mewah itu buat pertama kali.

Menurut Vida, Cik B sebelum ini meminta dihadikan kereta lumba jenama Ford Mustang, namun ia tidak dapat ditunaikan.

” Nak Mustang, tapi saya bagi Mercedes-Benz dulu,” tulis Vida dalam kapsyennya.

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending

Copyright © 2017 Zox News Theme. Theme by MVP Themes, powered by WordPress.