Connect with us

Semasa

Video Dah Pun Tersebar, Ini Penjelasan Dan Tindakan Diambil Pihak Masjid Tentang Kejadian Kub0r ‘Berdaraah’

Published

on

Sejak semalam tular satu video sebuah ‘kubvr berdar4h’ di Tanah Perkubvran Islam di Masjid Al Irfan, Derga, Alor Setar.

Diakatakan video berdurasi 19 saat itu memaparkan kejadian aneh menggemparkan masyarakat setempat sekitar Bandaraya Alor Setar hingga ramai penduduk datang untuk melihat sendiri keadaan itu.

Menurut orang awam, Rahmat Ahmad, 50, dia mendapat maklumat dari beberapa rakannya berhubung kubvr berdar4h melalui aplikasi WhatsApp.

Rahmat berkata, dia yang kebetulannya melalui kawasan terbabit kemudian mengambil keputusan untuk melihat sendiri kejadian tersebut dengan singgah di tanah perkubvran itu.

” Ketika saya ke tanah perkubvran tersebut, saya lihat dapati ada beberapa orang awam sudah melawat kawasan kubvr berdar4h tersebut dan mendapati ada cecair warna merah apabila mendekatinya.

” Jadi, saya memang terkejut melihat keadaan kubvr dengan cecair warna merah dan tanah mendap itu memandangkan kali pertama melihat keadaan seumpama itu” katanya.

Penjelasan pihak masjid

Sementara itu, Setiausaha Masjid Al Irfan, Yahya Saad berkata, dia mengetahui kejadian di masjid terbabit selepas dimaklumkan beberapa kakitangan Masjid AL-Irfan.

Yahya berkata, dia yang terkejut dengan berita itu terus ke masjid berkenaan untuk memastikan dan melihat sendiri kejadian yang berlaku di tanah perkubvran itu.

Beliau berkata, dia mendapati memang ada cecair warna merah seperti ditularkan dalam video, bagaimanapun tidak dapat memastikan samada ia adalah dar4h ataupun tidak.

Bagaimanapun, Yahya berkata,sememangnya terdapat may4t dikebumikan di tanah perkubvran tersebut kira-kira dua minggu lalu.

Katanya, mereka bertindak menimbus semula kubvr berkenaan petang tadi selepas berbincang dengan ahli jawatankuasa demi mengelakkan berlakunya fitnah.

Pihak masjid buat laporan polis

Pihak Jemaah Masjid Al Irfan Derga, juga telah membuat laporan polis, susulan kejadian tersebut.

” Kami membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Setar, tadi demi membolehkan siasatan lanjut dilakukan pihak bertanggungjawab,”katanya.

” Kami juga telah memaklumkan perkara terbabit kepada Jabatan Hal Ehwal Agama Negeri Kedah (JHEAIK) dan difahamkan mereka akan turun esok,”katanya.

Beliau berkata, pihaknya berharap orang awam tidak menularkan video kejadian memandangkan maklumat yang tersebar belum dipastikan kesahihannya.

Mendapan sudah ditimbus

Sementara itu seorang ahli kariah masjid itu, Alias Ishak, 40-an, berkata, mendapan yang berlaku di kubvr itu juga sudah ditimbus jemaah masjid.

” Saya tidak tahu bila kejadian itu berlaku cuma tengok di WhatsApp apabila video tersebar dan berharap orang ramai janganlah berkumpul di situ lagi.

” Lagipun Kota Setar masih di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) Secara Pentadbiran dan dimaklumkan jemaah masjid juga sudah membuat laporan polis,” katanya ketika dihubunginya, hari ini.

Alias juga berharap kisah kubvr yang didakwa orang ramai sebagai ‘berdar4h’ tidak ditularkan lagi kerana tidak mahu menimbulkan fitnah dan aib kepada jenazah serta warisnya.

Menurutnya, jenazah itu dikebumikan kira-kira dua minggu lalu, dan dia difahamkan jemaah masjid sudah melawat kubvr berkenaan serta mengesan cecair merah di atasnya tetapi tidak pasti cecair apa.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Setar Asisten Komisioner Nor Azman Mohd Noor ketika dihubungi memberitahu siasatan lanjut sedang dilakukan.

” Kita belum terima maklumat jelas, siasatan sedang dibuat,” katanya ringkas.

Hmetro

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending

Copyright © 2017 Zox News Theme. Theme by MVP Themes, powered by WordPress.