Connect with us

Semasa

Vios Bertembung Dengan Hilux, Tiga Beranak M4ut Dalam KmIangan Malam Tadi

Published

on

Tiga beranak m4ut apabila kereta dinaiki bertembung dengan kenderaan pacuan empat roda di Kilometer (KM) 74, Jalan Ipoh-Gerik, berdekatan Kampung Kuak, Sauk, Kuala Kangsar, malam tadi.

Dalam kjadian pada 10.30 malam, mngsa, Nurul Huda Arifin, 31, yang berada di tempat duduk penumpang hadapan kereta Toyota Vios m4ut di tempat kjadian.

Sementara, pemandu kereta berkenaan, Abdul Hakim Hashim, 32, serta kanak-kanak yang berada di tempat duduk belakang, Adib Aidan Abdul Hakim, 2, meninggI dnia ketika dirawat di Hospital Kuala Kangsar.

Ketua Polis Daerah Kuala Kangsar, Asisten Komisioner Razali Ibrahim, berkata, siasatan awal mendapati kjadian berpunca apabila Toyota Vios dinaiki tiga beranak itu yang dalam perjalanan dari arah Kuala Kangsar menghala Gerik bertembvng sebuah Toyota Hilux dari arah bertentangan.

” Toyota Hilux yang dipandu lelaki berusia 33 tahun secara tiba-tiba memasuki laluan mngsa dipercayai kerana hilang kawalan menyebabkan berlaku pertembvngan.

” Rempuhan menyebabkan Toyota Vios berkenaan berpusing sebelum memasuki parit (longkang) yang terdapat di bahu kiri jalan dan mengakibatkan kesemua empat penumpang kenderaan itu tersepit.

” Nurul Huda meninggI dnia di tempat kjadian, sementara mngsa selebihnya termasuk pemandu Toyota Hilux dikejarkan ke Hospital Kuala Kangsar untuk rawatan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Razali berkata, bagaimanapun Abdul Hakim disahkan meninggI dnia di hospital pada 12.15 tengah malam semasa dirawat, manakala Adib Aidan meninggI dnia lima minit kemudian, iaitu jam 12.20 tengah malam.

” Seorang lagi kanak-kanak yang berada dalam Toyota Vios berkenaan berusia empat tahun hanya ced3ra ringan, manakala pemandu Toyota Hilux hanya mengalami luka pada bahagian lutut kanan.

Beliau berkata, tangkapan dilakukan ke atas pemandu Toyota Hilux terbabit bagi melalui ujian air kencing serta pengambilan sampel d4rah untuk ujian toksikologi.

Katanya, m4yat tiga beranak itu akan menjalani bedah siasat di Hospital Kuala Kangsar jam 10.00 pagi ini.

Sementara itu, jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) negeri berkata, panggilan kecemasan diterima jam 10.27 malam sebelum anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Kangsar dibantu BBP Lenggong dikejarkan ke lokasi.

Katanya, pemandu (Abdul Hakim) dan penumpang hadapan (Nurul Huda) kereta Toyota Vios adalah suami isteri.

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending

Copyright © 2017 Zox News Theme. Theme by MVP Themes, powered by WordPress.