Connect with us

Semasa

Wakil Rakyat Kantoi Tengok Gambar Lvcah Ketika Sidang Parlimen. Sekali Ini Alasan Pelik Dia Beri

Published

on

Memalukan apabila seorang wakil rakyat Thailand mencetus kontroversi selepas didapati melihat gambar lvcah di telefonnya ketika sidang parlimen berlangsung.

Menurut Portal Bangkok Post, Ronnathep Anuwat sepatutnya memberi perhatian kepada pembentangan bajet pada Khamis lalu, namun dia dikesan melayari laman web lvcah di telefonnya hampir 10 minit.

Kejadian itu mengejutkan sekumpulan wartawan di galeri awam parlimen negara itu yang jelas dapat melihat tindakan tidak bermoral Ronnathep.

Bukan itu sahaja, Ronnathep dilihat sanggup menanggalkan pelitup muka dipakainya supaya dapat melihat gambar tersebut dengan lebih jelas.

Ronnathep didapati melihat gambar menunjukkan seorang wanita muda berbog3l sementara seorang lagi berbaring di katil dalam keadaan tidak berbaju, selain satu lagi gambar kelihatan seorang wanita menunjukkan kemalvannya.

Tindakan memalukan itu diakui wakil rakyat dari wilayah Chonburi itu yang mengaku melihat gambar itu.

Ronnathep beri alasan pelik

Bagaimanapun dia memberi alasan pelik apabila mendakwa menerima mesej di aplikasi Line daripada seorang gadis yang ‘meminta pertolongan’ dan ‘menginginkan wang’.

Ronnathep memberitahu media tempatan dia melihat gambar itu terperinci untuk memeriksa latar belakang bagi mengetahui adakah gadis itu dalam bah4ya.

Dia mengatakan ingin ‘memerhatikan keadaan persekitaran gadis itu dalam gambar’.

Pemerhatian itu diperlukan kerana dia takut diganggu sams3ng yang memaksanya mengambil gambar.

Dakwanya, dia akhirnya menyedari gadis itu ‘meminta wang’ sebelum memadamkan semua kandungan perbualan mereka.

Pegawai kerajaan kemudian memanggil Ronnathep untuk mendapatkan penjelasan. Namun, mereka memutuskan bahawa tidak akan ada tindakan lebih lanjut terhadapnya.

Ronnathep tidak akan dikenakan sebarang tindakan atas kelakuan itu kerana Speaker Dewan Chuan Leekpai mengatakan perkara itu ‘peribadi’.

Chuan memutuskan buat pada masa ini tidak ada peraturan mengenai apa yang dapat dilihat oleh anggota parlimen di telefon mereka ketika sidang berlangsung.

Bagaimanapun sekiranya terdapat laporan dibuat berkenaan perlakuan Ronnathep itu, pihak parlimen akan mempertimbangkan samada wakil rakyat telah melanggar kod etika sebagai anggota parlimen.

Beliau adalah ahli parlimen Thailand kedua terperangkap melayari laman web lvcah ketika persidangan dewan berlangsung.

Sebelum ini, Ahli Parlimen Bangkok, Nat Bantadtan juga kantoi melihat gambar lvcah di telefonnya semasa pindaan perlembagaan pada Jun 2012.

Hmetro

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending

Copyright © 2017 Zox News Theme. Theme by MVP Themes, powered by WordPress.