Connect with us

Viral

Wanita Kerja Sebagai Badut di Hujung Minggu Demi Cari Wang Lebih Untuk Jaga Haiwan Terbiar

Published

on

Sejak akhir-akhir ini kita sering membaca kisah yang ditularkan di mana terdapat segelintir individu tidak berperikemanusiaan yang menjadikan haiwan sebagai m4ngsa kekej4man.

Bukan sekadar haiwan liar dan terbiar, malah haiwan yang sinonim menjadi binatang peliharaan seperti kucing dan anjing turut menjadi m4ngsa kekej4man oleh manusia tidak berhati perasaan.

Sekiranya kisah individu yang menganiaya haiwan menjadi tajuk berita, bagaimana pula dengan insan berhati mulia yang sanggup menghabiskan wang ringgit dan tenaga untuk menjaga haiwan-haiwan ini?

Pastinya masyarakat harus memberi penghargaan selayaknya kepada individu tersebut kerana akhirnya kita sedar dan bersyukur masih ramai insan di luar sana yang berhati mulia yang membuat sesuatu di luar jangkaan demi menjaga haiwan liar.

Kita semua faham bukan mudah untuk melakukan dua pekerjaan dalam satu-satu masa, tetapi tidak untuk wanita bernama Nazirah Abd Rahman, 42 apabila dia memutuskan bekerja lebih kuat dek kerana cinta beliau terhadap kucing dan anjing.

Nazirah yang bekerja sebagai perunding kecantikan di Ipoh pada hari kebiasaannya, tetapi pada setiap hujung minggu dia dapat dilihat memakai pakaian badut berhampiran restoran bernama Konda Kondi.

Menurut Nazirah, tujuan utama beliau melakukan pekerjaan itu supaya dia dapat mencari wang lebih untuk menjaga kucing dan anjing liar, termasuk makanan dan perubatan haiwan-haiwan itu.

” Saya buat benda ini kerana kasihan dengan haiwan ini kerana mereka tidak dapat beritahu jika rasa lapar atau sakit .

” Jadi bila saya jumpa kucing atau anjing yang tersesat, saya akan beri makan kepada mereka dan jika mereka ced3ra, saya akan segera bawa mereka ke klinik haiwan.”

Difahamkan Nazirah kini mempunyai kira-kira 50 kucing di rumah dan telah melakukan kerja amal ini sejak lebih empat tahun lalu.

Beliau juga mengeluarkan perbelanjaan kira-kira RM400 seminggu untuk haiwan-haiwan jagaannya itu. Nazirah kini mempunyai tiga orang anak yang turut mengikut jejaknya dalam menjaga haiwan terbiar.

Usaha Nazirah dalam melakukan kerja murni ini sememangnya sangat dihargai orang ramai.

Semoga lebih ramai rakyat Malaysia tampil melakukan perkara serupa seperti Nazirah.

Buat Nazirah, kami mewakili seluruh rakyat Malaysia ingin mengucapkan terima kasih di atas usaha murni ini yang pastinya jarang orang mampu melakukannya.

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending

Copyright © 2017 Zox News Theme. Theme by MVP Themes, powered by WordPress.