Connect with us

Semasa

Wanita Sedang Beli Daging di Gerai Tepi Jalan Maut Dirempuh. Sekali Kantoi Pemandu Itu Sebenarnya..

Published

on

Terkini, lelaki yang merempuh gerai menjual daging di Jalan Pasir Mas-Meranti, Kampung Pohon Buloh, di sini, hari ini, mengakibatkan seorang wanita dan peniaga m4ut disahkan positif dad4h.

Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Mohamad Roy Suhaimi Sarif berkata, suspek yang berusia 29 tahun itu didapati positif dad4h jenis meth4mphemine melalui ujian saringan air kncing.

Katanya, suspek yang berasal daripada Kampung Chenerong, Teluk Jering di Tumpat, memandu dalam pengaruh dad4h menyebabkan kereta yang dipandu hilang kawalan dan merempuh gerai selain mengakibatkan kem4tian Noriza Zakaria, 28.

” Suspek yang memandu Perodua Alza ditahan polis untuk tindakan lanjut. Kes disiasat mengikut Sksyen 44 Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 dan Sksyen 15(1) Akta Dad4h Berb4haya (ADB) 1952.

” Polis akan mengambil tindakan sewajarnya ke atas suspek yang bukan saja penagih dad4h malahan memandu dalam keadaan merbahaya sehingga membawa m4ut kepada orang awam,” katanya

Mohamad Roy berkata, suspek yang mengalami kecederaan di lengan dan kaki turut mendapat rawatan pesakit luar di Klinik Kesihatan Pasir Mas.

” Hasil siasatan awal mendapati kmIngan berpunca daripada suspek yang hilang kawalan lalu merempuh kedai dan pelanggan yang berada di bahu jalan sebelah kanan.

” Tindakan suspek dianggap sebagai suatu kesalahan besar dengan memandu dalam pengaruh dad4h, bukan saja menyalahi undang-undang malahan membahayakan pemandu lain serta meragut nyawa orang awam.

” Saya berharap kejadian sebegini dapat dijadikan iktibar selain tindakan keras akan diambil kepada individu yang melakukan kesalahan ini,” katanya.

Sementara itu semalam, suami arwh Noriza turut berkongsi detik akhir bersama isterinya itu.

Mohd Shaipul Rizam Muhamad, 29, yang bekerja sebagai tukang rumah di Kedai Lalat, Kota Bharu, berkata, dia menerima panggilan telefon daripada ibu mentua yang memberitahu bahawa isterinya terbabit dalam kmIangan jalan raya.

” Saya tidak dimaklumkan bahawa dia sudah meninggI dan menyangka ia hanya kmIangan biasa, namun luluh hati saya apabila sampai ke Hospital Pasir Mas (HPM) hanya sekujur tubuh tidak berny4wa yang saya lihat.

” Tak sangka perbualan kami malam tadi adalah panggilan terakhir isteri.

” Sejak kebelakangan ini dia agak manja kerana kami memang berjauhan memandangkan saya berkerja dan tinggal di Kota Bharu. Namun, biasanya saya pulang ke rumah dua kali seminggu.

” Sejujurnya perit untuk saya menerima kenyataan ini selepas hampir sembilan tahun kami mendirikan rumah tangga bersama.

” Namun saya reda dan terus kuat demi dua anak kami berusia lapan dan dua tahun,” katanya.

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending

Copyright © 2017 Zox News Theme. Theme by MVP Themes, powered by WordPress.