Connect with us

Semasa

Warga Emas M4ut Diserang Babi Hutan Terlepas Dari Jerat. Polis Ceritakan Kejadian Sebenar

Published

on

Seorang lelaki warga emas m4ut selepas diser4ng seekor babi hutan ketika memetik cendawan di kebun sawit di Tanah Hitam, Ipoh, semalam.

Dalam kejadian kira-kira pada pukul 11 pagi itu, mangsa yang dikenali Soo Chau, 71, disahkan meninggI dnia di lokasi kejadian.

Timbalan Ketua Polis Daerah Ipoh, Superintendan Mohamed Nordin Abdullah berkata, siasatan awal mendapati mangsa masuk ke kebun kelapa sawit berkenaan untuk mencari cendawan seorang diri.

” Tiba di lokasi kejadian, mangsa terserempak dengan seekor babi hutan yang dipercayai terlepas dari jerat yang dipasang pemburu haram.

” Haiwan liar tersebut kemudiannya menyerang mangsa dan pada masa sama, seorang lelaki yang berada berhampiran kawasan tersebut yang datang untuk menolong mangsa turut diser4ng babi berkenaan,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Tambah Mohamed Nordin, lelaki yang cuba untuk menolong mangsa mengalami kecederaan akibat ser4ngan babi tersebut.

” Haiwan yang mempunyai dawai di kaki itu kemudiannya lari ke semak berhampiran namun ia tersangkut pada akar pokok sebelum ditemb4k pegawai Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan).

” Mangsa m4ut dibawa ke Unit Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) untuk proses bedah siasat manakala lelaki yang cedera turut dirawat di hospital sama,” katanya.

” Kes diklasifikasikan sebagai m4ti dipercayai diser4ng babi hutan,” katanya

Kejadian hampir sama pernah berlaku di Taping

Sementara itu, kejadian hampir sama turut berlaku di Taiping pada 24 Ogos 2019.

Kakitangan Pejabat Pertanian Daerah Larut Matang Selama (LMS) di Taiping cedera selepas disondol babi hutan yang dipercayai memasuki kawasan pejabat itu.

Dalam kejadian 8.30 pagi itu, babi hutan berkenaan dipercayai memasuki kawasan pejabat itu melalui lubang yang terdapat pada pagar sebelum menyondol mangsa di paha kanan.

Difahamkan, babi hutan berkenaan kemudiannya berjaya ditemb4k anggota penguat kuasa Majlis Perbandaran Taiping (MPT) yang tiba di lokasi kejadian selepas mendapat kebenaran Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) Perak.

Pengarah Perhilitan Perak Yusoff Shariff berkata, pihaknya dimaklumkan mengenai kejadian itu kira-kira 9 pagi sebelum sepasukan anggota dari Pejabat Perhilitan Daerah Selama ke lokasi.

” Perhilitan memberikan kebenaran untuk menembak babi hutan itu kerana ia membahayakan dan sebaik anggota tiba mendapati haiwan itu sudah m4ti ditemb4k, manakala mangsa dilaporkan cedera di paha.

” Kakitangan Perhilitan kemudiannya membuat pemeriksaan di sekitar lokasi kejadian dan mendapati terdapat lubang pada pagar sebelum menasihatkan pejabat berkenaan untuk menutup lubang berkenaan.

Yusof berkata, difahamkan mangsa yang cedera kemudiannya dibawa ke hospital atau klinik berdekatan untuk mendapatkan rawatan lanjut.

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending

Copyright © 2017 Zox News Theme. Theme by MVP Themes, powered by WordPress.