Connect with us

Semasa

“Yang Pukul Ni Orang Kaya” – Adik OKU Ditumbuk Dan Diludah, Lelaki Muatnaik Status Mahu ‘Repeat’

Published

on

” Laporan (polis) dah dibuat, tunggu (polis) kutip. Jangan ingat aku nak duduk diam.”

Itu luahan seorang abang yang sedih dan geram selepas mendapati adiknya yang juga remaja orang kurang upaya (OKU) berusia 16 tahun ditumbuk dan ditampar oleh dua lelaki di Gual Ipoh, Tanah Merah, Kelantan.

Kejadian berlaku kira-kira jam 6 petang, semalam, apabila mangsa yang berusia 16 tahun dalam perjalanan pulang ke rumah sebelum dipanggil dua suspek yang dikenali.

Mangsa yang juga OKU kategori masalah pembelajaran itu bengkak di bahagian muka akibat ditumbuk dan ditampar dua lelaki terbabit.

Kejadian itu kemudiannya tular di Facebook selepas hantaran dibuat abang mangsa yang menggunakan nama Wan Muhammad Mustaqim.

Dalam tulisan itu, Mustaqim menyatakan rasa luluh dan geram selepas mengetahui adiknya dipukul.

” Luluh hati aku jerit (menangis) tak beradu orang buat adik aku begini, sampai hati pukul budak OKU. Orang tua dah yang pukul, dua beradik pukul adik aku seorang.

” Pukul budak OKU samseng apa macam tu, kalau betul salah adik aku, datang jumpa aku bincang baik-baik.

” Yang pukul ini orang kaya rumah besar, duit banyak, dia rasa dia lebih jadi ego.

” Tak cukup dengan pukul dia ludah muka adik aku. Sungguh berat ya Allah dugaanmu,” katanya.

Abang pulang dari KL mahu cari suspek?

Dalam pada itu seorang lelaki difahamkan abang sulung kepada mangsa telah memuatnaik satu hantaran di Facebook, mahu bersemuka dengan suspek.

Menurutnya, dia yang baru sampai ke Kuala Lumpur kelmarin, hari ini bergegas pulang semula ke kampung sebaik mendapat berita tersebut.

” Takkan abang sulung tengok jer adik kena pukul.. Ini abang sulung dia balik ‘mengadap’, jangan nak samseng sangat..aku pun ada taring juga.

” Aku hanya takut kepada Allah, yang lain aku tak undur walau selangkah” tulis lelaki terbabit.

Sementara itu Ketua Polis Daerah Tanah Merah, Deputi Superintendan Zainuddin Md Yusuf ketika dihubungi media mengesahkan pihaknya menerima laporan kes tersebut.

Jelasnya, kejadian disebabkan mangsa dituduh memecah masuk dan mencuri dalam rumah seorang daripada suspek terbabit.

” Mangsa ditumbuk beberapa kali di bahagian muka dan bibir oleh dua lelaki berkenaan.

” Selepas itu mangsa juga dikatakan ditampar kiri dan kanan pipi sebelum terjatuh di bahu jalan sebelum diludah di bahagian muka oleh seorang daripada suspek.

” Mangsa kemudian terus pulang ke rumah dan bapanya yang menyedari keadaan muka mangsa yang bengkak segera bertanyakan kejadian yang berlaku sebelum mengambil keputusan untuk melaporkan kepada pihak berkuasa,” katanya, hari ini.

Tambah Zainuddin laporan polis dibuat di Balai Polis Gual Ipoh malam tadi, manakala kes disiasat di bawah Sksyen 323 Kanun Kesksaan.

Malaysiakini

 

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending

Copyright © 2017 Zox News Theme. Theme by MVP Themes, powered by WordPress.